Thursday, May 31, 2012

Album Terbaru Nora - Hikmah

Baru-baru ini, penyanyi Nora Ariffin (Nora) telah melancarkan album terbarunya berjudul Hikmah. Album ini menampilkan konsep yang selari dengan penghijrahan penyanyi tersebut. Majlis pelancaran telah berlangsung di Saloma Bistro pada 17 Mei 2012. 


Komposer Cahaya Pena turut menyumbangkan sebuah melodi ciptaannya, iaitu lagu berjudul Terima Kasih Ibu. Lagu ini telah dicipta beberapa tahun lalu, dan baru kini diterbitkan dengan susunan muzik oleh Johan Nawawi dan petikan guitar oleh Rezal Sky. Lirik pula telah ditulis oleh penulis lirik tersohor negara, Habsah Hassan. 



Lagu ini merupakan satu penghargaan buat kaum ibu dan melodinya merupakan kebanggaan Cahaya Pena kerana beliau telah menampilkan sedikit kelainan didalam penciptaan lagu ini. Untuk melihat gambar sekitar majlis pelancaran album Hikmah, sila klik gambar di bawah (kredit blog Budiey).


Dapatkanlah album terbaru Nora ini, ia turut menampilkan lagu-lagu ciptaan Adnan Abu Hassan, Sharon Paul dan ramai lagi. Lagu Di Persimpangan Dilema juga turut diberikan nafas baru dengan senikata ditulis semula oleh Amran Omar.

Monday, October 10, 2011

Debu Di Hati - dari filem Ali Setan


HADIAH JURI PESTA FILEM MALAYSIA KE - 6 (1986)
UNTUK LAGU 'DEBU DI HATI'
KOMPOSER & PENERIMA HADIAH : CAHAYA PENA
 
 

Friday, October 1, 2010

Lagu Tema Filem Lurah Dendam (1996)


Pada tahun 1996, filem Lurah Dendam arahan Y.M. Raja Ahmad Alauddin menemui peminat; dibintangi barisan pelakon seperti Eizlan Yusof, Raja Azura, Ridzuan Hashim, Chef Wan dan ramai lagi.  

 (gambar dari kredit penghujung filem Lurah Dendam)

Lagu tema bagi filem ini telah menerima sentuhan Cahaya Pena yang menyumbangkan senikatanya. Lagu yang beliau namakan "Warna Alam Rimba" ini berkisar tentang alam sekitar dan video klipnya telah digunakan oleh TV3 pada tahun itu untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai betapa pentingnya memelihara alam sekitar.

Kumpulan M'Steen

Pada tahun 1993, Cahaya Pena bersama-sama di belakang tabir untuk menerbitkan album dari kumpulan M'Steen yang berjudul M'Steen '93. Album ini diedarkan oleh Denoris Records. 

Penerbit: 
Azman Hj Abu Hassan
Penerbit Eksekutif: 
Jer Sani
Penolong Penerbit: 
Johan Nawawi & Cahaya Pena
Urusan A & R: 
Zul Mahat
Studio Rakaman: 
Studio 67


Selain dari bersama-sama menerbitkan album ini, Cahaya Pena turut menyumbangkan lirik-lirik beliau untuk beberapa buah lagu, iaitu; M'Steen 1, Kembalilah Kasih, Ngeri-Ngeri, Terkuburnya Satu Kesucian, dan Telefon.



Lagu Kembalilah Kasih merupakan lagu hit bagi kumpulan M'Steen dan masih diminati ke hari ini. Berikut adalah senikata Kembalilah Kasih, hasil nukilan Cahaya Pena.

Sayup Irama
Hujan Membasahi
Tersenyum Seketika
Ingatan ku Kembali
Suatu Masa Dulu
Kau Di Sisi Ku
Bagai Cahaya
Yang Bersemi

Korus:
Kembalilah Kasih
Kembali Padaku
Lupakanlah Kasih
Sengketa Dulu
Kembalilah Sayang
Kembali Segera
Padaku Semula
Masa Berlalu
Kita Berjauhan
Berpadu Rasa Rindu
Meresap Kesepian
Setiap Waktu Daku
Kedinginan
 
Ku Ingin Bersamamu
Selamanya
Indah Dalam Cinta

Thursday, September 30, 2010

Arus Sejenak Bahagia - Noraniza Idris

Lagu berjudul Arus Sejenak Bahagia ini merupakan hasil karya Azmi Abdul Rahman (Cahaya Pena) dengan lirik dikarang oleh Amran Omar. Lagu ini telah dirakamkan oleh Noraniza Idris pada tahun 1987 dan dimuatkan di dalam album Mengemis Rindu. Lagu ini turut dimuatkan di dalam album kompilasi Noraniza Idris.

Tuesday, July 13, 2010

Selamanya - Innuendo

video
This is an amateur video clip of Innuendo's Selamanya; a dedication to the lyricist, Azmi Abdul Rahman (Cahaya Pena).

To view on YouTube, click on the link below:
http://www.youtube.com/watch?v=eR9m_deSy44

Saturday, February 6, 2010

Cahaya di Conti Radio24


Cahaya Pena telah dijemput untuk ditemuramah di Bernama Radio24 menerusi ruangan Kerusi Panas bersama peneraju, Azlan Idris pada 3hb August, tahun 2009.

Persoalan menjurus kepada kerjayanya di dalam industri muzik dan perbezaan industri muzik dahulu dan kini, juga terdapat seorang pemanggil yang mengutarakan soalan berkenaan bilakkah penulis lirik/komposer ini berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya.

Rancangan ini berjalan dengan lancarnya dari jam 6.30 hingga 7 petang.